2/12/10

MISI DAN VISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH
Memberikan pendidikan yang terbaik untuk melahirkan anak-anak yang terdidik ,berilmu pengetahuan , berkerampilan ,berahklak mulia dan bertanggungjawab kepada keluarga , masyarakat dan negara.
VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Peringgit berhasrat melahirkan individu yang boleh memberi sumbangan cemerlang kepada negara.

MATLAMAT SEKOLAH
MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG DI BIDANG AKADEMIK , KOKURIKULUM , AKHLAK DAN DISIPLIN SELARAS DENGAN KEHENDAK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Peringgit dengan penuh tanggungjawab berikrar akan :

*** sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang mesra dan berkualiti.

*** memastikan semua murid menerima pendidikan yang sempurna dan diberi peluang yang sama dalam kegiatan kokurikulum di sekolah

*** mengutamakan perpaduan dan mengamalkan kerja berpasukan dan budaya kerja cemerlang.

*** bersedia menerima pandangan , cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak secara positif dan terbuka demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

*** mengiktiraf peranan dan sumbangan PIBG dalam usaha memajukan sekolah


FALSAFAH SEKOLAH KEBANGSAAN PERINGGIT


Pendidikan di sekolah adalah suatu proses mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek , emosi , rohani dan jasmani.Tujuannya adalah

untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan , berakhlak mulia ,

bertanggungjawab , berdikari serta memberi sumbangan kepada keluarga ,

masyarakat dan negara.

Hasrat ini akan tercapai dengan sikap dedikasi kepada kecemerlangan sekolah , memperbaiki hubungan dua hala , hormat menghormati , penuh komitmen , merancang kecemerlangan melalui kerjasama.

About the Author

SK Peringgit

Author & Editor

Admin (JURUTEKNIK KOMPUTER) yang menguruskan kemaskini, menyelenggara dan menaik taraf sistem blog SK.PERINGGIT MELAKA.

0 comments:

Post a Comment

 

. © 2015 - Designed by Templateism.com, Distributed By Blogger Templates